- LAMAN BLOG RASMI JKKK/AJK KAMPUNG SG. NADA -



Sabtu, 12 Februari 2011

Laman ini merupakan Blog Rasmi Kampung Sg. Nada yang Terletak Di tengah bandar Kuching jalan Muara Tabuan di ketuai oleh semua JKKK/AJK KAMPUNG SUNGAI NADA KUCHING

SEJARAH

Kampung Sg. Nada terletak kira-kira 1 kilometer dari Lorong Muara Tabuan 2A2, jalan Samajaya Kuching. Kampung ini merupakan sebuah perkampungan Iban yang tertua iaitu sebelum Merdeka yang mana telah diduduki sejak tahun 1900 masihi.


Menurut cerita seorang nenek yang bernama Daji Anak Puan (85tahun) sebelum beliau meninggal dunia, pada tahun tersebut seorang anak kepada penduduk asal yang tertua iaitu Resak Anak Budi telah membawa empat keluarganya berpindah dari kampung Stutong ke sebuah tempat di Batang Kuap, dimana terdapat sebatang sungai yang terpencil dikenali dengan nama Sungai Nada. Pada masa dahulu terdapat banyak pokok Pedada

yang kemudiannya dipanggil Sungai Nada sehingga sekarang.Mereka telah membina empat pintu rumah panjang yang beratapkan daun Rumbia dan seterusnya wujudlah sebuah perkampungan baru masyarakat orang Iban yang diberi nama Kampung Sungai Nada, iaitu bersempena dengan pokok Pedada ketika itu. Setelah Hampir 20 tahun berlalu malangnya rumah panjang tersebut telah musnah terbakar pada tahun 1920 namun tiada kemalangan jiwa yang terkorban akibat tragedi tersebut. Setahun kemudian penduduk di situ mula mendirikan rumah berasingan sebanyak 10 buah rumah.

Resak Anak Budi merupakan Ketua Kampung yang pertama dilantik pada tahun 1910-1940 kemudian diganti oleh anaknya Mukan Anak Resak dari tahun 1941-1965. Setelah kematian Ketua Kampung Mukan Anak Resak pada tahun 1965 tiada lagi perlantikan untuk Ketua Kampung selepas itu. Sehubungan dengan itu tugas Ketua Kampung tersebut telah diambil alih oleh Aga Anak Melak iaitu yang mana beliau juga merupakan Ketua Kampung Sg. Laru sejak tahun 1966-1996. Semenjak itu ramai penduduk kampung Sg. Nada mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan lain, hanya beberapa ahli keluarga sahaja yang masih tinggal dan menetap di kampung tersebut. Namun dari segi kemajuan, kampung ini masih lagi ketinggalan jauh arus pembangunan. Antaranya salah satu ialah tiada bekalan eletrik dan jalan masuk ke kampung ini.

Pada 1 Mei 2000 Ketua Kaum yang baru telah dilantik untuk mentadbir Kampung Sg. Nada iaitu Encik Lang Anak Isang

sehingga sekarang. Perlantikan beliau telah diterima baik oleh semua penduduk serta JKKK kampung itu.










My Government Website

ip - adresse Kampung Sg. Nada

IP

Jam Dunia

MY FAN CLUB

My Chat Box

 
Powered by Blogger